Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi Kakitangan LPPKN Kali ke 29

04/07/2025 in AGM

Mesyuarat Agung Koperasi Kakitangan LPPKN bagi tahun 2025/26 telah diadakan dengan jayanya pada 21 Jun 2025 (Sabtu) di Tingkat 3, Batu Ballroom Hotel Ideas, Jalan Raja Laut. Seramai 27 orang perwakilan daripada negeri, 3 orang Juruaudit Dalaman (JAD) dan 9 orang Ahli Lembaga Koperasi (ALK) turut bersama-sama hadir ke mesyuarat ini. Tiada wakil daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). 

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Koperasi Kakitangan LPPKN, YBrs. En. Ahmad Hashimi bin Mohammad, diikuti dengan agenda-agenda mesyuarat yang telah ditetapkan. Mesyuarat kali ini menyediakan cabutan bertuah kepada perwakilan koperasi, tanda menghargai penat lelah perwakilan untuk hadir ke Mesyuarat Agung kali ini. Hadiah utama adalah seunit Microwave.

Terima kasih kepada semua anggota perwakilan dari seluruh negeri yang hadir. Matlamat utama Koperasi adalah memaksimumkan keuntungan dengan modal dan peningkatan perolehan koperasi seterusnya, tekad dari ahli-ahli yang diurus serta dipimpin oleh Ahli Lembaga Koperasi (ALK).

Perwakilan daripada Ibu Pejabat LPPKN dan Negeri

04/07/2025 in AGM