Pengenalan
- Koperasi Kakitangan LPPKN (Malaysia) Berhad (No. Pendaftaran: 4697) adalah sebuah pertubuhan koperasi yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1948 dan didaftarkan pada 21 Januari 1972, dengan nama asalnya Syarikat Kerjasama Kakitangan Lembaga Perancang Keluarga Malaysia Berhad.
- Pertubuhan koperasi pada dasarnya berasaskan kepada penyertaan anggota-anggota melalui kemasukan syer.
Modal Syer
- Jumlah wang yang disumbangkan oleh anggota sebagai satu bentuk modal saham.
- Syer minimum adalah sebanyak RM100.
- Syer hanya boleh ditebus apabila keanggotaan terhenti atau berdasarkan syarat-syarat yang selaras dengan Undang-Undang Kecil Koperasi.
Modal Yuran
- Minimum wang yang disumbangkan secara tetap, pada setiap bulan adalah RM50.00.
- Modal yuran hanya boleh dikeluarkan apabila memenuhi semua syarat-syarat yang ditetapkan dalam Undang-Undang Kecil Koperasi atau apabila tamat keanggotaannya sebagai anggota koperasi.
Dividen
- Pembahagian keuntungan koperasi diagihkan mengikut jumlah modal syer atau modal yuran yang dimiliki oleh anggota.
- Agihan keuntungan dibuat selepas pembayaran zakat dijalankan.
- Kadar dividen atas modal syer atau modal yuran akan ditentukan berdasarkan prestasi kewangan semasa.
- Dividen akan dikreditkan terus ke akaun bank anggota.
Kelebihan Menjadi Anggota Koperasi LPPKN
Pulangan Dividen yang Kompetitif
- Prestasi 5 tahun terakhir pembayaran dividen oleh Koperasi Kakitangan LPPKN adalah seperti berikut:
TAHUN KADAR DIVIDEN SYER KADAR DIVIDEN MODAL 2016 10.00% 4.00% 2017 10.00% 4.53% 2018 10.00% 4.80% 2019 10.00% 5.00% 2020 10.00% 5.50% 2021 10.00% 4.50% 2022 10.00% 4.00% 2023 10.00% 4.50%
Berkelayakan Memohon Skim Manfaat yang Disediakan
- Rekod 3 tahun terakhir pembayaran bantuan/sumbangan oleh Koperasi Kakitangan LPPKN adalah seperti berikut:
TAHUN JUMLAH SUMBANGAN YANG TELAH DIKELUARKAN (RM) 2017 11,850.00 2018 11,200.00 2019 8,200.00 2020 29,801.00 2021 22,921.00 2022 22,326.00 2023 22,368.00