- Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada kakitangan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara status jawatan adalah tetap.
- Pemohon mestilah menjadi anggota Koperasi Kakitangan LPPKN (M) Berhad.
- Pemohon mestilah seorang kakitangan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara;
- Dan telah mencarum sebagai anggota koperasi melebihi 6 bulan.
Koperasi Kakitangan Lppkn (M) Berhad menawarkan berbagai skim pembiayaan kepada anggota-anggotanya untuk memenuhi berbagai keperluan dengan kadar keuntungan yang kompetitif dan kelulusan segera
- Pembiayaan Tunai
- Pembiayaan Pengguna
- Pembiayaan Awal Persekolah
- Pembiayaan IPTA
- Pembiayaan Perayaan
- Pembiayaan Tanpa Penjamin
- Pembiayaan Bencana
- Pembiayaan Pelancongan /Umrah
- Pembiayaan Takaful Kenderaan
*Tertakluk kepada terma dan syarat*
Dokumen-dokumen yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:
- Penyata Gaji Terkini;
- Salinan Kad Pengenalan;
- Borang Permohonan yang Lengkap.
- Permohonan pembiayaan boleh perlu dikemukakan melalui borang permohonan pembiayaan berserta dokumen sokongan yang lengkap atau boleh terus berurusan dengan pejabat Koperasi Kakitangan LPPKN (M) Berhad.
- Muat turun dari laman sesawang Koperasi Kakitangan LPPKN (M) Berhad iaitu di www.koperasilppkn.com
- Mengunjungi Pejabat Koperasi Kakitangan LPPKN (M) Berhad di Tingkat 9, No 12B Bangunan LPPKN Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur.
DSR adalah peratusan jumlah komitmen hutang setiap bulan yang dibandingkan dengan pendapatan. DSR ini ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Secara umumnya BNM menetapkan DSR pada kadar maksimum 60% .
*Berikutan peningkatan paras keberhutangan isi rumah di Malaysia yang meningkat dengan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengambil langkah-langkah menstabilkan kewangan menurut Seksyen 31 Akta Bank Negara Malaysia 2009 dengan mengeluarkan surat pekeliling bertarikh 5hb Julai 2013 yang terkandung arahan-arahan untuk dipatuhi oleh semua Koperasi kredit yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
- Koperasi akan berusaha untuk mendapatkan pembayaran dari peminjam dengan cara-cara yang sah, seperti rundingan atau lain-lain tindakan contohnya senarai hitam, agen kutipan yang dilantik . Sekiranya peminjam gagal dikesan atau sebaliknya, koperasi akan mengambil tindakan seterusnya ke atas pihak penjamin.
- Sebagai Penjamin telah dipertanggungjawab untuk membayar hutang sekiranya peminjam gagal untuk membayarnya. Koperasi boleh menuntut bayaran daripada penjamin jika peminjam tidak membayar.