Sejarah Penubuhan

Koperasi Kakitangan LPPKN (Malaysia) Berhad (No. Pendaftaran : 4697) adalah sebuah pertubuhan koperasi yang ditubuhkan di bawah Akta Koperasi 1948 dan didaftarkan pada 21 Januari 1972 dengan nama asalnya Syarikat Kerjasama Kakitangan Lembaga Perancang Keluarga Malaysia Berhad.

Pada tahun 1979 nama tersebut telah ditukarkan kepada Koperasi Lembaga Perancang Keluarga Malaysia Berhad dan seterusnya nama terkini adalah Koperasi kakitangan LPPKN (Malaysia) Berhad pada tahun 1988. Keanggotaan Koperasi terbuka kepada semua kakitangan LPPKN.

Semasa penubuhan, keanggotaan Koperasi adalah seramai 42 orang. Pada tahun 1983, Pengurusan LPPKN telah menyuntik modal sebanyak RM50,000.00 sebagai modal pusingan untuk memberi pinjaman kepada anggota-anggota. Kini jumlah keanggotaan Koperasi adalah seramai 807 orang dengan modal syer anggota sebanyak RM78,400.00.

Dalam melaksanakan perancangan strategiknya, Koperasi Kakitangan LPPKN (Malaysia) Berhad mengembeling sumber yang ada secara optima dan mengamalkan pengurusannya yang telus dan profesional. Ini membolehkannyaterus berkembang dalam mencapai visinya sebagai sebuah Koperasi yang unggul, maju, berketerampilan dan menjadi lambang kejayaan gerakan Koperasi di Malaysia. Setelah beroperasi selama 39 tahun Koperasi Kakitangan LPPKN (Malaysia) Berhad mempunyai jumlah aset bernilai lebih daripada RM 5 juta.

Ahli Lembaga Pengarah dan Pengurusan Koperasi Kakitangan LPPKN 2022

Kami Sedia Membantu Anda

Sila hubungi pusat khidmat pelanggan kami +603 2692 8661 atau emel koperasilppkn@gmail.com