Manfaat Anggota Koperasi LPPKN

Jenis Skim Manfaat

  • Bagi mencapai misi utama untuk meningkatkan kebajikan anggota, Koperasi Kakitangan LPPKN amat komited untuk menyediakan pelbagai skim manfaat kepada para anggota. 
  • Skim Manfaat Keanggotaan adalah seperti di bawah:

SKIM KEANGGOTAANJUMLAH MANFAAT
Skim Khairat - Anggota - Ahli Koperasi / SendiriRM1000
Skim Khairat - Pasangan, Ibu Bapa Kandung, Anak Kandung
RM400
Skim Elaun Masuk Hospital - Diwadkan 3 hariRM50
Skim Elaun Masuk Hospital - Diwadkan 4 hingga 7 hari RM100
Skim Elaun Masuk Hospital - Diwadkan lebih daripada 7 hariRM150
Skim Perkahwinan (Pertama Sahaja)RM200
Skim Bencana AlamRM200

Nota: Pemberian manfaat adalah secara one-off kecuali untuk Skim Elaun Hospital.

Syarat-syarat Utama

  • Setiap anggota yang ingin memohon skim ini perlulah memenuhi syarat-syarat utama seperti berikut:
    • Mempunyai baki syer minimum RM100.
    • Telah menjadi anggota Koperasi Kakitangan LPPKN (M) Berhad.
    • Akaun pembiayaan hendaklah tidak tertunggak melebihi 3 bulan (sekiranya ada).

Skim-skim Manfaat kepada Anggota Koperasi LPPKN

Skim Khairat

Jumlah Manfaat

  • Suatu sumbangan sebagai bantuan kepada waris dan anggota bagi perkara-perkara berikut sekiranya berlaku:
    • Sumbangan bagi kematian anggota koperasi – RM1000.00
    • Sumbangan bagi kematian pasangan ibubapa kandung, anak kandung – RM400.00

Syarat Kelayakan Tambahan

  1. Kematian yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti kematian disebabkan kecederaan yang disengajakan, mabuk, dadah, bunuh diri dan seumpamanya tidak layak untuk dipertimbangkan.
  2. Semua bayaran akan dibuat secara atas talian atas nama anggota kecuali pembayaran bagi khairat kematian akan dibayar kepada waris yang memohon.
  3. Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan dokumen sokongan sebagai rujukan.

Skim Elaun Masuk Hospital

Jumlah Manfaat

  • Diwadkan 3 hari – RM50.00
  • Diwadkan 4 hingga 7 hari – RM100.00
  • Diwadkan lebih daripada 7 hari – RM150.00

Syarat Kelayakan Tambahan

  1. Anggota / Kakitangan hendaklah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keluar dari hospital dengan menyertakan salinan bil rawatan hospital dan salinan sijil perubatan yang telah disahkan.
  2. Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan dokumen sokongan sebagai rujukan.
  3. Semua bayaran akan dibuat secara dalam talian atas nama anggota.

Skim Perkahwinan (Pertama Sahaja)

Jumlah Manfaat

  • RM200.00

Syarat Kelayakan Tambahan

  1. Anggota / Kakitangan hendaklah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari selepas perkahwinan.
  2. Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan dokumen sokongan sebagai rujukan.
  3. Semua bayaran akan dibuat secara dalam talian atas nama anggota.

Skim Bencana Alam

Jumlah Manfaat

  • RM200.00

Syarat Kelayakan Tambahan

  1. Anggota / Kakitangan hendaklah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari selepas kejadian akibat dari bencana alam yang menyebabkan kerosakan harta benda.
  2. Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan dokumen sokongan sebagai rujukan.
  3. Semua bayaran akan dibuat secara dalam talian atas nama anggota.

Kami Sedia Membantu Anda

Sila hubungi pusat khidmat pelanggan kami +603 2692 8661 atau emel koperasilppkn@gmail.com