Mesyuarat Agung Koperasi Kakitangan LPPKN bagi tahun 2023/24 telah diadakan dengan jayanya pada 17 Jun 2023 (Sabtu) di Auditorium LPPKN, Tingkat 13, Ibu Pejabat LPPKN. Seramai 31 orang perwakilan daripada negeri, 9 orang Ahli Lembaga Koperasi (ALK) dan 2 orang wakil dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) iaitu Penolong Pengarah SKM, Puan Anis Syahira Azahar dan Juruaudit SKM, Cik Nurul Shahira Azhar turut bersama-sama hadir ke mesyuarat ini.
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengerusi Koperasi Kakitangan LPPKN, YBrs. En. Ahmad Hashimi bin Mohammad, diikuti dengan agenda-agenda mesyuarat yang telah ditetapkan. Penutup mesyuarat, Koperasi Kakitangan LPPKN mendapat maklumbalas yang positif daripada wakil SKM.
Terima kasih kepada semua anggota perwakilan dari seluruh negeri yang hadir. Matlamat utama Koperasi adalah memaksimumkan keuntungan dengan modal dan peningkatan perolehan koperasi seterusnya, tekad dari ahli-ahli yang diurus serta dipimpin oleh Ahli Lembaga Koperasi (ALK).
