Mesyuarat Kawasan Ibu Pejabat & Jamuan Hari Raya Koperasi LPPKN

Mesyuarat Kawasan Peringkat Ibu Pejabat LPPKN telah berlangsung pada 19 Mei 2023 dan telah dihadiri seramai 228 orang ahli koperasi yang dipengerusikan oleh pengerusi sementara iaitu Encik Ahmad Rasyidee bin Abdul Razak, setiausaha Puan Chek Liza binti Saad. Agenda mesyuarat adalah untuk mengesahkan minit mesyuarat 2022, menimbang draf akaun, melantik perwakilan ke Mesyuarat Agung Perwakilan Kali ke 27 dan menimbang usul-usul (jika ada). 

Mesyuarat Kawasan Peringkat Ibu Pejabat kali ini buat julung kalinya diadakan bersama dengan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Koperasi LPPKN. Wakil dari Bahagian Audit Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) juga turut serta memeriahkan jamuan tersebut. Antara juadah istimewa yang disajikan ialah satay, nasi impit, mee kari, rendang, lemang dan nasi beriani.  

Terima kasih kepada semua ahli koperasi yang hadir memberikan komitmen sepenuhnya kepada perjalanan Mesyuarat Kawasan 2023.