Manfaat Khairat

Pengenalan

  • Bagi mencapai misi utama untuk meningkatkan kebajikan anggota, Koperasi Kakitangan LPPKN (M) Berhad amat komited untuk menyediakan pelbagai skim manfaat kepada anggota-anggota.
  • Skim manfaat anggota Koperasi Kakitangan LPPKN (M) Berhad ini dibahagikan kepada beberapa skim tertentu yang lebih menumpukan kepada tujuan dan keperluan para anggota koperasi.

Senarai Skim


Jenis Skim

Jumlah Manfaat

 Skim Khairat

  • Anggota - Ahli Koperasi / Sendiri
  • Pasangan ,Ibubapa Kandung, Anak Kandung


RM 1,000.00
RM 400.00

Skim Elaun Masuk Hospital

  • Diwadkan 3 hari
  • Diwadkan 4 hingga 7 hari
  • Diwadkan lebih daripada 8 hari


RM 50.00
RM 100.00
RM 150.00

Skim Perkahwinan (Pertama Sahaja)

RM 200.00

Skim Bencana Alam

RM 200.00

  • Nota: Pemberian manfaat adalah secara one-off kecuali untuk Skim Elaun Hospital

Syarat Utama

  • Mempunyai baki syer minimum RM100.
  • Telah menjadi anggota Koperasi Kakitangan LPPKN (M) Berhad.
  • Akaun pembiayaan hendaklah tidak tertunggak melebihi 3 bulan (sekiranya ada).

Perincian Skim

Skim Khairat

  • Suatu sumbangan sebagai bantuan kepada waris dan anggota bagi perkara-perkara berikut sekiranya berlaku:
    • Sumbangan bagi kematian anggota Koperasi – RM1,000.00
    • Sumbangan bagi kematian pasangan ibubapa kandung, anak kandung – RM400.00
  • Kematian yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti kematian disebabkan kecederaan yang disengajakan, mabuk, dadah, bunuh diri dan seumpamanya tidak layak untuk dipertimbangkan.
  • Semua bayaran akan dibuat secara atas talian atas nama anggota kecuali pembayaran bagi khairat kematian akan dibayar kepada waris yang memohon.
  • Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan dokumen sokongan sebagai rujukan.

Skim Elaun Masuk Hospital

  • Anggota / Kakitangan hendaklah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keluar hospital dengan menyertakan salinan bil rawatan hospital dan salinan sijil perubatan yang telah disahkan.
  • Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan dokumen sokongan sebagai rujukan.
  • Semua bayaran akan dibuat secara talian atas nama anggota.

Skim Perkahwinan (Pertama Sahaja)

  • Anggota / Kakitangan hendaklah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari selepas perkahwinan.
  • Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan dokumen sokongan sebagai rujukan.
  • Semua bayaran akan dibuat secara talian atas nama anggota.

Skim Bencana Alam

  • Anggota / Kakitangan hendaklah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari selepas kejadian bencana alam yang menyebabkan kerosakan harta benda.
  • Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan dokumen sokongan sebagai rujukan.
  • Semua bayaran akan dibuat secara talian atas nama anggota.

Kami Sedia Membantu Anda

Sila hubungi pusat khidmat pelanggan kami +603 2692 8661 atau emel koperasilppkn@gmail.com